|
Selamatdatang:D
| ||||||||
|
Hanya untukmu
Navagasinya ialah empat ayat lirik Bintang Gemerlapan oleh Ariff Ahmad. Mereka adalah profil, hasil kerja kami, gambar-gambar & klip-klip video dan kredit navigasi tertentu (daripada atas). |
Thursday, July 14, 2011, 5:44 AM
Latar belakang dan pengalaman hidup tokoh-tokoh tersebut
![]() Muhammad Ariff Ahmad dilahirkan pada 6 Disember 1924 di Singapura. Beliau merupakan tokoh bahasa dan budaya Melayu yang amat disegani. Beliau telah menerima pelbagai anugerah termasuk Cultural Medallion (1987), SEA Write Award (1993) dan Anugerah Tun Seri Lanang (1993). Beliau dibesarkan di beberapa kawasan di Singapura, termasuk Newton Road, Dunearn Road, Tiong Bahru dan Henderson Road. Ketika berusia lapan tahun, beliau telah "ditangkap" oleh Cikgu Rahim dan dimasukkan ke Sekolah Melayu Tanglin Besar. Di sekolah, beliau gemar membaca dan mengambil bahagian dalam peraduan menulis dan berpantun. Beliau juga menulis untuk majalah pengakap di sekolah beliau dan bercita-cita ingin menjadi seorang penulis sepenuh masa. Bagaimanapun, ayah beliau inginkan beliau menjadi seorang guru. Selain itu, beliau juga pandai melukis, tetapi memilih untuk menumpukan perhatian kepada bidang penulisan. Apabila Perang Dunia Kedua berlaku, pelajaran beliau tergendala. Beliau dimasukkan ke sekolah Jepun dan untuk menyara kehidupan diri dan keluarga terpaksa bekerja di sarang perjudian dan terbabit dalam urusan pasar gelap. Sesudah perang berakhir, beliau menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak untuk memenuhi hasrat ayah beliau agar beliau menjadi seorang guru. Kerjaya beliau sebagai seorang guru memberi beliau peluang dan ruang untuk meneruskan minat beliau dalam bidang penulisan. Bersama beberapa penulis lain, beliau telah menubuhkan Angkatan Sasterawan '50 (Asas '50), badan persuratan Melayu yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan sastera Melayu di Singapura dan rantau Nusantara. Beliau juga dianggap sebagai "ensiklopedia bergerak" mengenai perkara-perkara yang bersangkut-paut dengan bahasa, sastera dan budaya Melayu. Beliau telah mengarang lebih daripada 50 buah buku, termasuk buku cereka, buku pengetahuan, buku kanak-kanak dan buku teks sekolah. Beliau juga menulis rencana dan esei untuk penerbitan majalah dan akhbar di Singapura dan Malaysia. Selain itu, beliau juga menulis skrip drama dan dokumentari untuk penyiaran di televisyen dan radio. Kewibawaan beliau terserlah melalui jawatan-jawatan yang pernah dijawat seperti Pengerusi Tetap Majlis Pusat (1969-1983), Timbalan Yang Dipertua KGMS (1969), Ketua 1 Asas '50 (1994-2001) dan Anggota Majlis Penasihat AMP (1992-94) |
Profil(:
![]() |
Terimakasihkepada
A DINAH (: QAMARIAH (: SHARIFAH (: RATNA (: FURZAN (: akribbagiprojek
bulanyanglalu
+ July 2011 + August 2011 kreditsjugakepada
An accidentality production Inspiration from DancingSheep & BONBON:D |
Klip-klip videodangambar-gambar
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
||||