Navagasinya ialah empat ayat lirik Bintang Gemerlapan oleh Ariff Ahmad.
Mereka adalah profil, hasil kerja kami, gambar-gambar & klip-klip video dan kredit navigasi tertentu (daripada atas).
Wednesday, July 27, 2011, 6:27 AM
Maklumbalas saya
Setelah saya selesaikan tugas yang diberikan kepada saya, saya rasa setiap tugas yang diberikan kepada setiap individu amat sukar. Ada banyak bahagian-bahagian untuk dibuat, jadi kami diberi setiap bahagian. Saya telah disuruh untuk membuat bahagian " Sumbangan Mereka Kepada Dunia Bahasa Dan Sastera Melayu." Saya rasa setiap bahagian itu penting jadi kami harus lakukannya dengan sebaik mungkin. Kami harus berhati-hati semasa mencari maklumat kerana tidak semua maklumat itu benar. Saya rasa setiap orang pasti ada masalah semasa melakukan tugasan mereka, begitu juga dengan saya. Saya menghadapi masalah kerana pada saya ia tidak mudah untuk mencari maklumat kerana maklumat yang diberikan amat terhad. Sebenarnya, maklumat yang saya cari ialah dalam Bahasa Inggeris. Jadi, saya harus mengistilah maklumat yang diberikan kepada Bahasa Melayu. Ia amat sukar kerana saya harus menggunakan lelaman internet unutk mengistilah maklumat itu. Saya telah mempelajari sesuatu dari projek ini. Sekian, terima kasih.
- Shareefa
Profil(:
Muhammad Ariff Ahmad
(Muhammad Ariff paling kanan) Dilahirkan Pada 6/12/1924♥ Dibesarkan di Singapura :D
Seorang tokoh bahasa dan budaya Melayu.